Pages

Saturday, July 9, 2011

Papa ni lupa kut anak dia tu baby girl

dah lama tak kemas kini blog ni..sibuk sangat kut..hihihi...berkaitan dengan tajuk kat atas tu, nak cerita tentang husband tersayang..dia ni rajin sangat belikan mainan untuk anak dia..tapi mainan tu lebih kepada baby boy punya..kereta api, helikopter, kereta racing, lori dan baru-baru ni dia beli kereta remote control yang besar..anak dia memang la suka..kempunana time kecik2 dulu tak dapat kut dia ni..satu malam, saya sibuk di dapur mengemas dapur selepas masak2..mesti dia ingat saya tak hirau diorang dah kut..apa dia buat? dia telah masuk dalam kereta tu sambil tekan remote control..dapat bayangkan tak gajah naik kereta kecik??Hahaha....kantoi dengan bini dia..lawak tul..nasib baik tak hancur..kalau tak sesia je beli beratus2 ringgit..haduii..ini macam pun ada..bak kata org kedai, bapak dia kut yang teringin..hihihi..

Saturday, June 11, 2011

Kereta Rosak

Sedih tul time cuti2 sekolah ni kereta rosak..dah seminggu air cond kereta exora ku rosak..rosak dari kampung lagi..time nak balik ke nilai, hubby tengok2 enjin and isi air..then panaskan enjin kereta..time tu baru perasan kereta takde air cond..huhuhu..niat hati nak jalan-jalan ke sungai besar sebelum balik batl je la..takde mood nak shopping n jalan-jalan..konon-konon nak la jugak beli ikan banyak2 kat sg besar tu..ikan fresh..boleh bagi mak mertua gak..dia suka ikan2 kat sg besar tu fresh2..tapi tu la plak..

perjalanan balik ke nilai memang kami berpanas..muka ain nayli pun dah macam udang kena bakar..nasib baik jalan tak sesak..huhuhu..tension tul..baru 2 tahun kereta tu dah buat hal..pegi la ke pusat servis proton kat nilai nih, dia tak dapat detect apa problem..servis biasa je..katanya gas abis..tapi pusat servis tu takde gas..maka kami isi dibengkel lain..lepas je isi, gas tu abis keluar balik...melayang fulus cam air..sesia jer.orang kat bengkel tu kata coing coil bocor kut..

kami telefon proton, diorang suruh bawak kereta ke senawang atau puchong..maka kami pilih la puchong..hari pertama di puchong, kami sampai kena tunggu diorang rehat lak..then tunggu giliran..pehtu tak sempat buat..datang esok lak, dia check confirm air cond keta bocor..tapi barang takde kena order..tak boleh buat gak..haduii..suruh tinggal kereta, abis nak balik naik apa..so kami mintak hntar hari sabtu jer..time tu bawak dua kereta.anak kami naik dengan saya..ni lagi sorang suka buat hal dalam kereta..time mama ni memandu memang haru la..ain nayli ni tak tau la buas tahap apa..dia boleh meloloskan diri dari carseat dia..sangat bijak kut..dia boleh bukak sendiri.sudahnyer membebel la mulut mama ni sambil bawak kerata..dia lak dah duduk kat bahagian kaki..nak berenti tak boleh la plak kereta tgh laju2 kat tgh2 highway tu. lantak la sayang...bila dia dah bosan, dia naik balik duduk dalam carseat balik..ewah2..duduk sambil bersilang kaki n duduk mengiring lagi..then dia tertidur..lega..

bila sampai kat proton, mereka kata dua dua hari baru boleh siap..so kereta tinggal..kami sampai proton pukul 11..time tu ramai org..gerenti ari tu x buat langsung coz sabtu separuh hari jer..budget2 isnin selasa baru diorang servis kereta kami..rabu baru proton suruh ambil..nasib baik under warranty..so x yah bayar..yang tu aku suka..

balik dr proton, byk la tempat psinggahan kami.pi jln2 kat IOI jap..kat IOI ni beli mainan debab jer..melayang rm168.99 sen..wah..hebat pilihan anak mama ekk..disebabkan sejak ada anak ni, asik shopping brg dia je, maka niat nak beli brg mama ditangguhkan.then kami mkn.pg kfc tuk bg ain nayli mkn jer..mama x selera..papa pun tak nak mkn..so aktiniti mkn2 hanya ain nayli je yg suka..sambung jln2..dah petang rasa lapar la plak..time ni ain nayli dh tidur..maka kami pg nando's plak..time ni, ain nayli langsung tak amik pot..lena.pehtu g subang..jln2 n blh lak beli dapur gas..hihihi..apa da..dapur gas kat rumah dah rosak sebelah.tak syok nak masak..dah dekat setengah tahun rosak x tukar2.akhirnya tukar gak.leceh nak masak.lama sgt tunggu satu2 lauk nak masak.

time balik tu byk la singgah2..singgah gi toilet, masjid siap mandikan ain nayli n tukar baju dia..singgah kedai baby jap..tgk basikal..hihihi..x beli pun..beli puting susu jer..puting susu anak kami ni dh ada kerak skit2..kena tukar..k la..tu je episod kereta rosak..daa...

Wednesday, June 8, 2011

keletah Anak Mama Ain Nayli Umur Setahun

TARIAN BALET
anak mama dah masuk setahun 3 bulan..baby yg sangat bijak..sekarang dia suka menari-nari di depan orang..sebijik macam tarian balet..kenapa mama dia cakap macam tu ye..sebab masa dia menari dia akan bengkokkan tangan dia sebelah..sebelah lagi lurus..then dia akan pusing-pusingkan badan dia..hihihii..tomeyy sangat..macam patung dalam kotak muzik. lalalalala..

SOLAT
Sejuk perut mama tgk anak mama dah pandai solat..selalunya kami suami isteri takde la solat mengasingkan diri daripada dia..kadang2 memang la dia akan duduk atas sejadah..tapi tu semua x menjadi halangan utk kami solat..kami tidak ada pemabntu utk menjaga dia..jadi solat sama-sama dgn dia tu dah jadi kebiasaan..akhirnya, dia pun ikut sama..dia suka nak pakai telekung mama dia..lepas tu cari sejadah then bentangkan sejadah atas lantai..memang la tak elok dia bentang..tapi boleh la..hihihi..

MAKAN SENDIRI
Sekarang ni kalau nak bagi dia makan, dia tak nak kita yang bagi suap..dia nak pegang sendiri sudu dengan mangkuk dia...haishh..comot n bersepah-sepah la dia makan...banyak yang jatuh ke lantai dari masuk mulut..minum pun macam tu..dia nak pegang sendiri cawan dia..pun sama..baju akan basah..jadi mama dia ni selalu la buat aktiviti mengelap lantai n mop lantai..sekarang dia dah tau, lepas dia kotorkan lantai, dia akan car kain utk lap..time tu mana-mana kain depan mata dia akan jadi mangsa..apa-apa pun boleh even baju mama dia..huhuhuhu...

PERAMAH
Ain Nayli ni kategori yang suka berkawan.baru-baru ni pegi rumah saudara..ada sorang budak perempuan yang suka main lompat-lompat..anak mama ni suka plak kat budak perempuan tuh..tapi budak tu tak nak berkawan..ke hulu ke hilir ain nayli ikut..tapi budak tu tak layan pun..sian..hihihi...sudahnya, dia guna cara ganas..hihihi..cara baik tak jalan, dia paksa budak tu kawan dengan dia..dia sentap baju budak tu, then dia tarik tangan budak tu ikut dia sambil mulut dia menjerit-jerit marah...kelakar la plak..umur budak perempuan tu dah 4 tahun..berani tul anak aku ni..

SUKA NAIK MOTOR
Baru-baru ni kami balik kampung sempena cuti sekolah..lama dah tak balik.dekat 2 bln lebih kut.atuk n nenek dah rindu..hihihi..kat kampung ramai la yang melayan dia..dukung ke hulu ke hilir..ucu n acik lak suka bawak naik motor..lagi la dia suka..ain nayli ni boleh ikut sesapa jer..even ngn acik yang jarang-jarang jumpa. asalkan orang tu suka melayan n dukung-dukung dia.. pasal naik motor ni, kalau dia tak puas, dia akan nangis mintak naik lagi..

DAH PANDAI MELAWA
sekarang lepas je mandi, dia akan cari sikat n terus nak sikat, then cari bedak.tuang kat tapak tangan untuk sapu kat badan dia..dia takkan sapu kat muka sebab x pernah ajar pn letak bedak kat muka..bila jumpa minyak telon dia pndai tuk sapu kat perut dia..hihihi..tu je la pun gaya baby nak melaram..takde la nak pakai lipstik n blusher..then dia suka nk pakai spek barbie doll dia warna pink..

CIUM TANGAN
sebenarnya banyak lagi yang dia suka..tak tersenarai..haa...lagi satu, kitorang selalu ajar dia salam tangan kitorang n cium tangan kami..baru-baru ni dia letak tangan dia kat tangan kami.ingatkan nak buat apa, dia suruh kitorang lak cium tangan dia.

HELLO-HELLO...
dia ni memang sangat suka bercakap dalam telefon..selalunya dia bercakap dengan nenek dia..nenek suka telefon..dia memang tak pandai cakap lagi..bahasa dia je la..tu pun dah menghiburkan nenek di kampung..nak melepas rindu.kadang-kadang suka perhati dia yang dah pandai berimaginasi...berlakon macam bercakap dengan orang sambil angguk2..hihih.

GUSTI
Ha..dah pandai gusti la pulak anak mama ni..tapi yang tak bestnyer dia selalunya geng papa..huhuhuhu..sian mama.tak aci tul..bukan nak tolong mama, lagi dihempap n pukul mama ada la..

DAH ADA PERASAAN KUT..
shshh...hihihi..tak boleh ngumpat dia sekarang ni..dia macam tau2 je kami sedang mengatakan dia atau bercerita tentang dia..satu hari dalam kereta tetiba ada orang melepas..time confirm bukan saya ok..hihihi..husband sibuk tanya sapa kentut n tuduh ain nayli yang kentut...ain nayli yang tengah khayal n syok layan blues tetiba marah papa dia..mengomel2 dia pastu terus cakar tangan papa dia..hahahha..tak puas hati..sebenarnya orang2 tua ada kata, sapa yang heboh2 tu, dia la yg tuttt...hihihi..papa oh papa.

MAKAN ATAS MEJA
baru-baru ni, saya ke dapur jap..time saya nak ke dapur anak saya sedang leka juga menonton kartun..bila ke ruang tamu balik, anak saya bukan tengok tv lg..tapi dah duduk atas kerusi makan sambil makan nasi lemak..terkejut la mama dia ni..dia x pernah lagi duduk atas meja makan tu dan kami x pernah pun ajar dia makan atas meja makan..kelakar la pulak..nasib baik dia tak makan sambalnyer..pandai pulak dia buka tudung saji.

Sunday, March 20, 2011

Makan Simple je today..

hari ni malas la pulak nak masak-masak bagai..ntah nape..haiya..itu pun mau tanya ka..hihihi..dah tentu-tentu malas jawapannyer kan..pagi-pagi as a breakfast, mama nayli ni masak cheese n herbs macaroni..ermm..simple n sedap gak..anak mama ain nayli suka sangat makan sampai menyanyi-nyanyi.hihihih..very cute bila dengar suara dia menyanyi..dah tentu-tentu mama ni tak paham sayang..tapi mama tau nayli mama enjoyed n suka menu mama masak tu kan..

bila tengah hari lak, rasa malas gak..jadi mama nayli ni teringin nak masak simple gak..malas gaya saya tetap masak gak..hihihi..tapi kali ni cuma buat chicken chop, sosej n brokoli steam je..simple kan..itu je menu kami hari ni..tu pun dah kenyang sangat..saya n hubby makan tak habis coz kekenyangan..apa taknyer masih kenyang makan macaroni pagi tadi..anak kami ni pulak cuma nak makan brokoli ngan buah pear jer..wah2..kecik2 dah pandai diet.hihihi..jadi vege la pulak comel mama ni..then, dia nak susu jer.ni mesti kes kenyang coz makan macaroni mama masak kan cayang..

haa..lagi satu semalam saya ada masak moist choc cake..sedap n menjadi.gebu.kat atas kek saya letak ngan coklat cair..wahh..gitu..sedap banget..banyak la gak kalori aku makan hari ni.huhuhuhu..ni yang malas ni rajin-rajin sangat masak. pic ada snap tapi macam malas lak nak upload..peram dulu la gambar2 masakan tuh.

lagi satu..anak mama dah pandai minum guna straw..dia suka sangat minum jus and air kosong dalam cawan khas dia..hihihi..pandai..alamak, terdengar suara dia nangis la pulak..ermm..ni mesti papa dia buli n gomol.dia x suka papa dia gomol.rimas kut..hihihi..lagi satu hubby ni suka kacau anak tido..geram tul..k nak stop la coz dia datang kat mama dia mengadu.hihihi..tapi kelakar dia suka nangis buat2..x pe la..mamam buat2 x tau la yang anak mama nangis belakun jer.hihihi..ala cayang2..pandai anak mama belakun kan..keh..tatata...

Saturday, March 19, 2011

Layann..

taraa..time ni tgh preggy..jalan2 kat genting highland ngan hubby..ain nayli mama dalam perut. time ni tgh preggy 6 bulan

ni mama ain nayli..aku la tu
lenanyer anak mama tidoo...mmuahh..time ni baru umur dia sebulan
cutenyer anak mama. time ni umur ain nayli baru nak masuk 3 bulan

Layan gambar-gambar ain nayli..


gambar ni baru beberapa minggu ain nayli lahir

Gosok Gigi Saya..

anak mama kan dah mula belajar gososk gigi..umur baru masuk setahun 13/3/11 baru-baru ni.tapi gigi dia dah banyak kuar..geraham pun dah keluar..jadi tibalah masanya kami ni papa and mama dia ajar dia gosok gigi..tapi biasala..mula-mula ni dia tak pandai gosok.bila bagi berus gigi, dia buat berus benda lain pulak..makanyer, mama dia la yang tolong gosok.hihihi..cute je bila dia gosok gigi.

semalam memang penat sangat2.penat melayan dia..sampai stress sebab mama dia ni kurang rehat. ain nayli ni tak padan dengan demam chicken pox.tetap aktif.harap2 tidak la sampai jadi hyperactive..hhuhu..sangat jarang tgk dia duduk diam.dia boleh dikatakan kalau tak tidur mmg merayap je kejenyer.tu sebab banyak keje rumah yang mama buat mana yang sempat jer. bila dia tido atau papa jaga barulah mama dapat rehat. tapi apapun, mama tak kisah.janji anak mama ni sihat. mama sayang anak mama.mmmuaahh..

Friday, March 18, 2011

LAGU AKU SUKA

ermm..bencinyer..

ermm...saya punya umur dah nak masuk 31 bulan 5 ni..1/5/11..tarikh yang paling tepat..tepat sekali..bila dah masuk 30-an ni, mula la org panggil akak..pg pasar, nak beli apa kak..sikit2 akak..huhuhu..yg nyampah tu, org laki lagi tua dari kita kat pasar pun panggil akak..makanyer aku pun pelik.hihihi..bukan apa, dl sebelum kawin mmg aku x berapa gemar ke pasar..takde la melalui byk pengalaman di pasar..aku pun tanya hubby.."nape org laki tu panggil ita akak.kan dia lagi tua dari ita".  maka hubby pun jawab la.."tak kan nak panggil adik, macam gatal la plak panggilan tu". gitu ker??  emm..apa2 la..

Hari Memasak

hihihi..salam semua..

hari ni mcm rajin byk..hihihi..oleh sebab rajin byk, maka aku pn nk memasak..wah..ada beberapa senarai sedang menunggu..skrg ni..yer, skrg ni pn aku tgh memasak..nama pun mama cyber..sambil msak, sambil m'blog.hihihi..skrg tgh masak sup tulang..wah..sedapnyer!! x sabar nk mkn sup tulang.aku guna tulang rusuk.

itu baru satu menu, ptg ni plak mcm nk masak macaroni..bhn2 pun semua ada.. n tuk desert lak aku nk buat moist coklat kek..wink3...

Mama, i want orange juice...

semalam kami sekeluarga pg mydin mall kat subang..dl lama x jln2 area situ.dl mmg selalu pg coz dkt dgn rumah..skrg dh duduk nilai ni, jarang dh pg sana. dah alang2 pg sana tu terus shopping brg rumah. ain nayli tu kami letak je dalam troli.hihihi..lagipun bdk ni kalau letak dlm stroller akan jd superman. tak pun dia akan berdiri atas tu..bahaya tul bdk ni.  dia suka sgt duk dlm troli tu.hihihi..siap senyum n lambai2 kat org ala2 miss universe.


tp x blh lama duk dlm tu..akhirnya mama n papa dia ni dukung..hohoho....berat tul.sakit tulang belakang.mama lbh rela tolak troli yg penuh brg tu la cayang..so, papa la jd mangsa ain ni.hihihi..papa kan kuat..dh penat shopping brg rumah, mama pn pg la cuci2 mata dkt deretan kedai bawah tu..masuk kedai batik..wahh..murah2 gak batik kat kedai tu..tp x bl pun..cuci mata jer.poket pn dh kurang ketebalan.hihihi..tunggu gaji je
la..lagipun mama dh abis byk bl baju anak mama.tuk baju dia jer beratus dh abis bulan ni..bukan apa..mama dia ni selalu bl byk terus..dia pun dh setahun..so, bdn pn dh membesar bagai johan.hihihi..byk la bj dia x muat. tu yg beli baju dia tu. so, bulan ni turn anak mama punya tuk shopping..tp mama pn shopping gak la skit..byk tul selendang cntik...so mata pun naik juling..hihihi..rembat la jugak 4 helai selendang..

apa lak kena mengena ngn tajuk ha??hihihi..sebenarnyer lepas kami selesai shopping, kami isi perut plak..lapar le plak...hubby bl nasi goreng apa ntah..aku lak order nasi ayam. skrg mkn kena pikir anak..pilih menu yg anak blh mkn..ain kena share ngn mama..padan la pun ngn umur setahun.bkn mkn byk pun..sebelum mama dia mkn, suap si kenit ni dl..blh tahan..mkn byk gak la dia ni.gigi pun dah byk..mama order air fresh orange. papa lak hantu teh tarik..ain nayli??  susu sudah..hahaha..letak susu botol dia atas meja..nak gakk..ewah..rupa2nyer dia x nak susu tu..dia nk fresh orange..hihihi..siap buang botol ke lantai. aduh..bg la dia rs sikit..tp sikit x cukup..mama n papa dia x nk layan sgt apa dia nk..bkn apa..takut dia batuk..so, kami mkn dgn cpt n suruh hubby habiskan air aku skali..ain nayli tgk dgn muka x puas ati..then, kami terus angkat dia n beredarr..hihihi..

Thursday, March 17, 2011

aku suka masak

hhiihi..cam x caya je kn bc n3 tu..hihihi..mmg aku suka masak..aku suka cuba pelbagai resepi..bl dh ada laki ni dia la tukang rasa sedap ke idak..selalunya komen dia sedapppp...berani kata x sedapp!! hahahha..tapi tu la..aku ni malas nk upload gambar masakan aku..kdg x sempat snap pic dh pn selamat masuk mulut.

aku suka masak puding n kek..suka gak msk lauk pauk..setakat ni apa yg aku msk blh kata jadi la gak..kdg2 je x menjadi.tapi hobi suka masak ni ikut keadaan jg..time cuti pjg blh la wat eksperimen..time minggu2 keje ermmm..sendiri mau igt la..

CUTI SEKOLAH

minggu ni cuti sekolah..seminggu cuti..tp x ke mana pun..duk diam2 kat rumah jg anak kami yg demam campak.tp walaupun dia demam tetap aktif. suka masuk dapur tgk aku masak.hihihi..

sebenarnya time wat blog dl nk share hobi..tp xde kesempatan la plak..busy memanjang..nk upload gambar pn x sempat2..nk update blog pn x sempat2..huhhuhuhu..malas.

ain nayli dah setahun..happy birthday cayang..mama n papa luv u so much.

ain nayli dah pun setahun..wah..dh besar anak mama..pejam celik dh pn setahun..hihihi..tp birthday dia x sambut pun..sedih.uhhuhu...anak mama tgh kena chicken pox..dh seminggu kena..13/3/11 tarikh keramat mama n papa blalu mcm tu je..nk bl kek pn sian lak.dia kena pntang.nnt btambah gatal bdn tu.

ain ni byk tul persamaan ngn papa dia..nama dia pendek je..papa yg bg. papa kt x nak pjg2..kdg2 panggil dia ain..kdg2 panggil nelly..kat nursery mmg panggil nelly jer.mama pn lbh suka panggil nelly.tp family lbh suka panggil dia ain..senang nk sebut kut.  sebut pasal byk psamaan ngn papa ni..mmg x tumpah mcm papa.muka ikut papa.bdn ikut papa..gaya bjalan pn ikut papa..yg kelakar, mimik muka time tgk tv pn mcm papa..hhahaha..mulut melopong n siap herot berot mulut tu time tgk tv..pendek kata anak papa la.hihihi..

ain nayli anak kami ni sgt la aktif..kdg2 mmg x larat nk mengejar n layan..tp sian lak kalau dibiarkan..dgn mama n papa je la dia nk bermanja..dia suka dimanjakan n didukung..kalau blk rumah mak tok, pak su n pak long la rajin dukung..klau blk rumah atok n nenek lg la ramai yg melayan..dia suka mintak atok dukung.hihihi..nenek pn rajin melayan..kdg2 nenek msk sambil dukung dia.hihihhi..pakcik2 dia pn ramai.siap bwk jln2 naik motor pusing kampung.

Saturday, January 22, 2011

Anak Mama Dah Besar

Ain Nayli
comel sekali
bila digeletek ketawa geli..
suka senyum tayang gigi
kuat makan itu mesti
hobi baru suka menyanyi
warna pink kebanyakan koleksi
pakai dress tapi orang tanya pompuan ke laki..
aiyakk..penat mama pkaikan dress masih tanya lagi..
apa pun..ain nayli anak papa n mama yg disayangi