Pages

Wednesday, June 8, 2011

keletah Anak Mama Ain Nayli Umur Setahun

TARIAN BALET
anak mama dah masuk setahun 3 bulan..baby yg sangat bijak..sekarang dia suka menari-nari di depan orang..sebijik macam tarian balet..kenapa mama dia cakap macam tu ye..sebab masa dia menari dia akan bengkokkan tangan dia sebelah..sebelah lagi lurus..then dia akan pusing-pusingkan badan dia..hihihii..tomeyy sangat..macam patung dalam kotak muzik. lalalalala..

SOLAT
Sejuk perut mama tgk anak mama dah pandai solat..selalunya kami suami isteri takde la solat mengasingkan diri daripada dia..kadang2 memang la dia akan duduk atas sejadah..tapi tu semua x menjadi halangan utk kami solat..kami tidak ada pemabntu utk menjaga dia..jadi solat sama-sama dgn dia tu dah jadi kebiasaan..akhirnya, dia pun ikut sama..dia suka nak pakai telekung mama dia..lepas tu cari sejadah then bentangkan sejadah atas lantai..memang la tak elok dia bentang..tapi boleh la..hihihi..

MAKAN SENDIRI
Sekarang ni kalau nak bagi dia makan, dia tak nak kita yang bagi suap..dia nak pegang sendiri sudu dengan mangkuk dia...haishh..comot n bersepah-sepah la dia makan...banyak yang jatuh ke lantai dari masuk mulut..minum pun macam tu..dia nak pegang sendiri cawan dia..pun sama..baju akan basah..jadi mama dia ni selalu la buat aktiviti mengelap lantai n mop lantai..sekarang dia dah tau, lepas dia kotorkan lantai, dia akan car kain utk lap..time tu mana-mana kain depan mata dia akan jadi mangsa..apa-apa pun boleh even baju mama dia..huhuhuhu...

PERAMAH
Ain Nayli ni kategori yang suka berkawan.baru-baru ni pegi rumah saudara..ada sorang budak perempuan yang suka main lompat-lompat..anak mama ni suka plak kat budak perempuan tuh..tapi budak tu tak nak berkawan..ke hulu ke hilir ain nayli ikut..tapi budak tu tak layan pun..sian..hihihi...sudahnya, dia guna cara ganas..hihihi..cara baik tak jalan, dia paksa budak tu kawan dengan dia..dia sentap baju budak tu, then dia tarik tangan budak tu ikut dia sambil mulut dia menjerit-jerit marah...kelakar la plak..umur budak perempuan tu dah 4 tahun..berani tul anak aku ni..

SUKA NAIK MOTOR
Baru-baru ni kami balik kampung sempena cuti sekolah..lama dah tak balik.dekat 2 bln lebih kut.atuk n nenek dah rindu..hihihi..kat kampung ramai la yang melayan dia..dukung ke hulu ke hilir..ucu n acik lak suka bawak naik motor..lagi la dia suka..ain nayli ni boleh ikut sesapa jer..even ngn acik yang jarang-jarang jumpa. asalkan orang tu suka melayan n dukung-dukung dia.. pasal naik motor ni, kalau dia tak puas, dia akan nangis mintak naik lagi..

DAH PANDAI MELAWA
sekarang lepas je mandi, dia akan cari sikat n terus nak sikat, then cari bedak.tuang kat tapak tangan untuk sapu kat badan dia..dia takkan sapu kat muka sebab x pernah ajar pn letak bedak kat muka..bila jumpa minyak telon dia pndai tuk sapu kat perut dia..hihihi..tu je la pun gaya baby nak melaram..takde la nak pakai lipstik n blusher..then dia suka nk pakai spek barbie doll dia warna pink..

CIUM TANGAN
sebenarnya banyak lagi yang dia suka..tak tersenarai..haa...lagi satu, kitorang selalu ajar dia salam tangan kitorang n cium tangan kami..baru-baru ni dia letak tangan dia kat tangan kami.ingatkan nak buat apa, dia suruh kitorang lak cium tangan dia.

HELLO-HELLO...
dia ni memang sangat suka bercakap dalam telefon..selalunya dia bercakap dengan nenek dia..nenek suka telefon..dia memang tak pandai cakap lagi..bahasa dia je la..tu pun dah menghiburkan nenek di kampung..nak melepas rindu.kadang-kadang suka perhati dia yang dah pandai berimaginasi...berlakon macam bercakap dengan orang sambil angguk2..hihih.

GUSTI
Ha..dah pandai gusti la pulak anak mama ni..tapi yang tak bestnyer dia selalunya geng papa..huhuhuhu..sian mama.tak aci tul..bukan nak tolong mama, lagi dihempap n pukul mama ada la..

DAH ADA PERASAAN KUT..
shshh...hihihi..tak boleh ngumpat dia sekarang ni..dia macam tau2 je kami sedang mengatakan dia atau bercerita tentang dia..satu hari dalam kereta tetiba ada orang melepas..time confirm bukan saya ok..hihihi..husband sibuk tanya sapa kentut n tuduh ain nayli yang kentut...ain nayli yang tengah khayal n syok layan blues tetiba marah papa dia..mengomel2 dia pastu terus cakar tangan papa dia..hahahha..tak puas hati..sebenarnya orang2 tua ada kata, sapa yang heboh2 tu, dia la yg tuttt...hihihi..papa oh papa.

MAKAN ATAS MEJA
baru-baru ni, saya ke dapur jap..time saya nak ke dapur anak saya sedang leka juga menonton kartun..bila ke ruang tamu balik, anak saya bukan tengok tv lg..tapi dah duduk atas kerusi makan sambil makan nasi lemak..terkejut la mama dia ni..dia x pernah lagi duduk atas meja makan tu dan kami x pernah pun ajar dia makan atas meja makan..kelakar la pulak..nasib baik dia tak makan sambalnyer..pandai pulak dia buka tudung saji.

No comments:

Post a Comment