Pages

Saturday, June 11, 2011

Kereta Rosak

Sedih tul time cuti2 sekolah ni kereta rosak..dah seminggu air cond kereta exora ku rosak..rosak dari kampung lagi..time nak balik ke nilai, hubby tengok2 enjin and isi air..then panaskan enjin kereta..time tu baru perasan kereta takde air cond..huhuhu..niat hati nak jalan-jalan ke sungai besar sebelum balik batl je la..takde mood nak shopping n jalan-jalan..konon-konon nak la jugak beli ikan banyak2 kat sg besar tu..ikan fresh..boleh bagi mak mertua gak..dia suka ikan2 kat sg besar tu fresh2..tapi tu la plak..

perjalanan balik ke nilai memang kami berpanas..muka ain nayli pun dah macam udang kena bakar..nasib baik jalan tak sesak..huhuhu..tension tul..baru 2 tahun kereta tu dah buat hal..pegi la ke pusat servis proton kat nilai nih, dia tak dapat detect apa problem..servis biasa je..katanya gas abis..tapi pusat servis tu takde gas..maka kami isi dibengkel lain..lepas je isi, gas tu abis keluar balik...melayang fulus cam air..sesia jer.orang kat bengkel tu kata coing coil bocor kut..

kami telefon proton, diorang suruh bawak kereta ke senawang atau puchong..maka kami pilih la puchong..hari pertama di puchong, kami sampai kena tunggu diorang rehat lak..then tunggu giliran..pehtu tak sempat buat..datang esok lak, dia check confirm air cond keta bocor..tapi barang takde kena order..tak boleh buat gak..haduii..suruh tinggal kereta, abis nak balik naik apa..so kami mintak hntar hari sabtu jer..time tu bawak dua kereta.anak kami naik dengan saya..ni lagi sorang suka buat hal dalam kereta..time mama ni memandu memang haru la..ain nayli ni tak tau la buas tahap apa..dia boleh meloloskan diri dari carseat dia..sangat bijak kut..dia boleh bukak sendiri.sudahnyer membebel la mulut mama ni sambil bawak kerata..dia lak dah duduk kat bahagian kaki..nak berenti tak boleh la plak kereta tgh laju2 kat tgh2 highway tu. lantak la sayang...bila dia dah bosan, dia naik balik duduk dalam carseat balik..ewah2..duduk sambil bersilang kaki n duduk mengiring lagi..then dia tertidur..lega..

bila sampai kat proton, mereka kata dua dua hari baru boleh siap..so kereta tinggal..kami sampai proton pukul 11..time tu ramai org..gerenti ari tu x buat langsung coz sabtu separuh hari jer..budget2 isnin selasa baru diorang servis kereta kami..rabu baru proton suruh ambil..nasib baik under warranty..so x yah bayar..yang tu aku suka..

balik dr proton, byk la tempat psinggahan kami.pi jln2 kat IOI jap..kat IOI ni beli mainan debab jer..melayang rm168.99 sen..wah..hebat pilihan anak mama ekk..disebabkan sejak ada anak ni, asik shopping brg dia je, maka niat nak beli brg mama ditangguhkan.then kami mkn.pg kfc tuk bg ain nayli mkn jer..mama x selera..papa pun tak nak mkn..so aktiniti mkn2 hanya ain nayli je yg suka..sambung jln2..dah petang rasa lapar la plak..time ni ain nayli dh tidur..maka kami pg nando's plak..time ni, ain nayli langsung tak amik pot..lena.pehtu g subang..jln2 n blh lak beli dapur gas..hihihi..apa da..dapur gas kat rumah dah rosak sebelah.tak syok nak masak..dah dekat setengah tahun rosak x tukar2.akhirnya tukar gak.leceh nak masak.lama sgt tunggu satu2 lauk nak masak.

time balik tu byk la singgah2..singgah gi toilet, masjid siap mandikan ain nayli n tukar baju dia..singgah kedai baby jap..tgk basikal..hihihi..x beli pun..beli puting susu jer..puting susu anak kami ni dh ada kerak skit2..kena tukar..k la..tu je episod kereta rosak..daa...

Wednesday, June 8, 2011

keletah Anak Mama Ain Nayli Umur Setahun

TARIAN BALET
anak mama dah masuk setahun 3 bulan..baby yg sangat bijak..sekarang dia suka menari-nari di depan orang..sebijik macam tarian balet..kenapa mama dia cakap macam tu ye..sebab masa dia menari dia akan bengkokkan tangan dia sebelah..sebelah lagi lurus..then dia akan pusing-pusingkan badan dia..hihihii..tomeyy sangat..macam patung dalam kotak muzik. lalalalala..

SOLAT
Sejuk perut mama tgk anak mama dah pandai solat..selalunya kami suami isteri takde la solat mengasingkan diri daripada dia..kadang2 memang la dia akan duduk atas sejadah..tapi tu semua x menjadi halangan utk kami solat..kami tidak ada pemabntu utk menjaga dia..jadi solat sama-sama dgn dia tu dah jadi kebiasaan..akhirnya, dia pun ikut sama..dia suka nak pakai telekung mama dia..lepas tu cari sejadah then bentangkan sejadah atas lantai..memang la tak elok dia bentang..tapi boleh la..hihihi..

MAKAN SENDIRI
Sekarang ni kalau nak bagi dia makan, dia tak nak kita yang bagi suap..dia nak pegang sendiri sudu dengan mangkuk dia...haishh..comot n bersepah-sepah la dia makan...banyak yang jatuh ke lantai dari masuk mulut..minum pun macam tu..dia nak pegang sendiri cawan dia..pun sama..baju akan basah..jadi mama dia ni selalu la buat aktiviti mengelap lantai n mop lantai..sekarang dia dah tau, lepas dia kotorkan lantai, dia akan car kain utk lap..time tu mana-mana kain depan mata dia akan jadi mangsa..apa-apa pun boleh even baju mama dia..huhuhuhu...

PERAMAH
Ain Nayli ni kategori yang suka berkawan.baru-baru ni pegi rumah saudara..ada sorang budak perempuan yang suka main lompat-lompat..anak mama ni suka plak kat budak perempuan tuh..tapi budak tu tak nak berkawan..ke hulu ke hilir ain nayli ikut..tapi budak tu tak layan pun..sian..hihihi...sudahnya, dia guna cara ganas..hihihi..cara baik tak jalan, dia paksa budak tu kawan dengan dia..dia sentap baju budak tu, then dia tarik tangan budak tu ikut dia sambil mulut dia menjerit-jerit marah...kelakar la plak..umur budak perempuan tu dah 4 tahun..berani tul anak aku ni..

SUKA NAIK MOTOR
Baru-baru ni kami balik kampung sempena cuti sekolah..lama dah tak balik.dekat 2 bln lebih kut.atuk n nenek dah rindu..hihihi..kat kampung ramai la yang melayan dia..dukung ke hulu ke hilir..ucu n acik lak suka bawak naik motor..lagi la dia suka..ain nayli ni boleh ikut sesapa jer..even ngn acik yang jarang-jarang jumpa. asalkan orang tu suka melayan n dukung-dukung dia.. pasal naik motor ni, kalau dia tak puas, dia akan nangis mintak naik lagi..

DAH PANDAI MELAWA
sekarang lepas je mandi, dia akan cari sikat n terus nak sikat, then cari bedak.tuang kat tapak tangan untuk sapu kat badan dia..dia takkan sapu kat muka sebab x pernah ajar pn letak bedak kat muka..bila jumpa minyak telon dia pndai tuk sapu kat perut dia..hihihi..tu je la pun gaya baby nak melaram..takde la nak pakai lipstik n blusher..then dia suka nk pakai spek barbie doll dia warna pink..

CIUM TANGAN
sebenarnya banyak lagi yang dia suka..tak tersenarai..haa...lagi satu, kitorang selalu ajar dia salam tangan kitorang n cium tangan kami..baru-baru ni dia letak tangan dia kat tangan kami.ingatkan nak buat apa, dia suruh kitorang lak cium tangan dia.

HELLO-HELLO...
dia ni memang sangat suka bercakap dalam telefon..selalunya dia bercakap dengan nenek dia..nenek suka telefon..dia memang tak pandai cakap lagi..bahasa dia je la..tu pun dah menghiburkan nenek di kampung..nak melepas rindu.kadang-kadang suka perhati dia yang dah pandai berimaginasi...berlakon macam bercakap dengan orang sambil angguk2..hihih.

GUSTI
Ha..dah pandai gusti la pulak anak mama ni..tapi yang tak bestnyer dia selalunya geng papa..huhuhuhu..sian mama.tak aci tul..bukan nak tolong mama, lagi dihempap n pukul mama ada la..

DAH ADA PERASAAN KUT..
shshh...hihihi..tak boleh ngumpat dia sekarang ni..dia macam tau2 je kami sedang mengatakan dia atau bercerita tentang dia..satu hari dalam kereta tetiba ada orang melepas..time confirm bukan saya ok..hihihi..husband sibuk tanya sapa kentut n tuduh ain nayli yang kentut...ain nayli yang tengah khayal n syok layan blues tetiba marah papa dia..mengomel2 dia pastu terus cakar tangan papa dia..hahahha..tak puas hati..sebenarnya orang2 tua ada kata, sapa yang heboh2 tu, dia la yg tuttt...hihihi..papa oh papa.

MAKAN ATAS MEJA
baru-baru ni, saya ke dapur jap..time saya nak ke dapur anak saya sedang leka juga menonton kartun..bila ke ruang tamu balik, anak saya bukan tengok tv lg..tapi dah duduk atas kerusi makan sambil makan nasi lemak..terkejut la mama dia ni..dia x pernah lagi duduk atas meja makan tu dan kami x pernah pun ajar dia makan atas meja makan..kelakar la pulak..nasib baik dia tak makan sambalnyer..pandai pulak dia buka tudung saji.